Kerjaya kelab Gunnar_Gren

Gårda BK

Pada tahun 1937, Gren mula beraksi untuk kelab Gårda BK. Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam Allsvenskan pada 1 Mei 1938 menentang Malmö FF yang berkesudahan terikat seri tanpa jaringan. Sepanjang menjadi pemain Garda, beliau telah beraksi dalam 54 perlawanan dan menjaringkan 16 gol.[4]

IFK Göteborg

Pada tahun 1941, Gren berpindah ke IFK Gothenburg. Kemudian, Gren berjaya memenangi satu kejuaraan domestik pada musim 1941-42 dan dinobatkan sebagai penjaring terbanyak pada tahun 1947. Beliau memenangi Guldbollen pada tahun 1946.[5]

Perlawanan pertama Gren untuk kelab barunya ialah pada Ogos 1941 ketika menang 6-1 ke atas Gårda BK. Beliau telah beraksi sebanyak 164 perlawanan dan menghasilkan 78 gol.

Milan

Trio mantap "Gre-No-Li" di Milan.

Pada 11 September 1949, Gren tampil dalam penampilan sulungnya untuk Milan menentang Sampdoria yang menyaksikan Milan menang 1-3. Sepanjang kariernya di Milan, beliau ('Gre') mencipta trio mantap "Gre-No-Li" bersama pemain Sweden di Milan yang lain iaitu Gunnar Nordahl ('No') dan Nils Liedholm ('Li'). Beliau juga diberi nama samaran "Il Professore" dalam bahasa Itali yang bermaksud "profesor".[6] Di Milan, beliau telah memenangi kejuaraan Serie A pada musim 1950-51. Beliau seterusnya melakukan 133 penampilan di Serie A dan menjaringkan 38 gol.[7] Gren juga mengurus pasukan Milan pada tahun 1952 sebelum berpindah ke Fiorentina.

AC Fiorentina / Genoa CFC / Örgryte IS

Pada 1953, Gren berpindah ke AC Fiorentina dan melakukan 55 kemunculan dan menjaringkan 5 gol. Kemudian pada tahun 1955, Gren berpindah ke Genoa CFC dan beliau telah beraksi dalam 29 perlawanan dan menjaringkan dua gol.[8] Setelah berkelana ke Itali, Gren kembali semula ke tanah airnya. Pada tahun 1956, Gren kembali ke Gothenburg dan beliau menyertai Örgryte IS sebagai pemain dan pengurus. Gren meninggalkan kelab tersebut pada tahun 1959 dan menyertai kelab GAIS pada 1963.[9]

Rujukan

WikiPedia: Gunnar_Gren http://www.rsssf.com/miscellaneous/gren-intlg.html http://isni.org/isni/0000000054823564 http://wwwc.aftonbladet.se/sport/guldbollen/1946.h... http://www.gais.se/Fotboll/gais.nsf/default http://www.gais.se/fotboll/gais.nsf/0/4E4928BCAD4F... https://www.acmilan.com/en/gunnar-gren https://www.imdb.com/name/nm0340177/bio https://www.sports-reference.com/olympics/athletes... https://web.archive.org/web/20050306053444/http://... https://web.archive.org/web/20080318012438/http://...